Saturday, May 30, 2009

SIRI KURSUSTHON






Lama sungguh tak update blog. Siri Kursusthon dah berakhir. Kursus pertama, Persembahan dan Penyampaian Radio selama seminggu di IPPTAR atau Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak.. Memang best dengan team yang sempoi terdiri daripada rakan-rakan penyampai dari seluruh Malaysia. Seronok sebab dapat menimba ilmu dari mereka yang cukup arif iaitu Dj Legenda, Zainal Din Zainal, pengulas terkenal radio, Abdullah Hashim serta daripada Dato' Adilah Shek Omar sendiri, Pengarah IPPTAR..

26-28 Mei pula kursus Jatidiri Membina Negara Bangsa di Felda Residence Trolak. Inilah kali pertama berjauhan dari si kecik. Nasiblah tak merengek teruk dengan abahnya. Hari-hari sembang dengan mama di telefon walaupun tak berapa nak faham apa maksud sembang si kecik tu. Kursus ni pun melibatkan rakan-rakan penerbit dari seluruh Malaysia seramai kira-kira 40 orang. Meskipun apa yang ingin disampaikan agak berat dan serius, namun penceramah dari Phyracosmic, Dr Lothfi menyampaikan dengan cara yang cukup berbeza dengan mana-mana penceramah dan ahli motivasi lain di Malaysia. Sangat menyeronokkan. Terima kasih cikgu! Banyak yang kami belajar.. Jurus lembayung perlahan dan deras.. Bukan Naruto saja ada jurus pembayang tau.. Nama kumpulan kami Punk5 (Panglima).. Walaupun antara kami memang tak pernah kenal satu sama lain, namun kerjasama yang diberikan memang 'superb'..

Cumanya, pada peringkat awal, tempat kursus ni penuh dengan tangga.. Untuk ibu mengandung ni memang cabaran yang hebat. Mana tidaknya, mengangkat beg yang punya berat naik tingkat 3! Huhu.. dah kat hujung nasiblah Kak Iza (penebit di Uestv) tolong.. Tapi tulah.. masing2 dengan beg besar.. Sampai di bilik jangan cakap nak gumbira2.. tapi macam nak pitam. Terbaring terus.. Bayangkan nak turun naik tingkat 3. Huhu..

Nasib baiklah dengan keprihatinan Kak Iza, dapat juga pihak resort bagi tukar bilik ke tingkat 1. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Dan lagi, rakan-rakan lain pun memang sangat prihatin.. Siap nak main 'game' ambil berkat ibu mengandung dulu. Macam-macam.. Pada hari terakhir, saya ditugaskan untuk menjadi MC . Apapun semua kenangan bersama rakan-rakan yang sporting tetap dalam kenangan..

Friday, May 22, 2009

KONSERT KLFM ALIVE





KENANGAN HARI WILAYAH 2009



Di mana Julia?

Lama sungguh rasanya tak update blog ni.. Mmmm.. bukan sahaja sibuk, tetapi juga julia baru balik dari kursus Persembahan dan Penyampaian Radio di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak yang kini dikenali sebagai IPPTAR selama seminggu. Kerana itulah jua suara Julia tidak kedengaran di ruang udara KLfm.. rindunya dengan semua pendengar setia KLfm.. 25 Mei ni Julia akan ke udara lagi tetapi pada 26 - 28 Mei Julia akan sekali lagi berkursus Jati Diri pula di Felda Residence, Trolak. Moga dengan segala kursus yang telah disertai menyemarakkan lagi semangat di kionti nanti.. Dan untuk anda yang setia mendengar KLfm.. teruskan melekat bersama Julia sekembalinya nanti... Adioooosss!!! Rindu semua!!

Tuesday, May 12, 2009

SELAMAT HARI IBU..

Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Agak lama tak 'update' blog ni. Almaklumlah bercuti lama.. Banyak cerita nak Julia kongsi. Namun, tanggal 10 Mei cukup pererti buat seorang bergelar ibu, termasuklah saya sendiri.. Tahun kedua bergelar ibu.. Bila dihayati lagu ni, memang begitu meruntun hati. Al Fatihah untuk arwah emak, insan yang paling kusayang dunia dan akhirat, Allahyarhamah Tuzainah Bt Dasuki.. Suka dukamu menjadi pedoman untuk anakmu melayari kehidupan.. Kekuatan dan kelembutanmu menjadi inspirasiku sepanjang kehidupan.. Moga rohmu ditempatkan dikalangan hambaNYA yang dikasihi.. Amin..

Juga untuk ibu mertua, Latifah Abdul Rahman yang sangat hebat memasak.. Sayang mama!!! Tak lupa juga untuk semua bloggers dan followers yang bergelar ibu..

Apa hadiah dari suami? Cik abang pagi-pagi dah suap coklat ferrero rocher dan bawak makan pasemboq kat padang kota.. syok sungguh.. tunggu entry seterusnya pasal pasemboq yea..

Sunday, April 26, 2009

BOLA OH BOLA

CAKAP PASAL BOLA, memang sinonim dengan lelaki. Tapi sebenarnya, tak kurang juga wanita yang meminati sukan nombor satu negara itu. Meskipun mutu dan sokongan bagaikan cuaca tak menentu berbanding zaman kegemilangan Allahyarham Mokhtar Dahari, Dollah Salleh, Radhi Mat Din, Azlisham Ibrahim (hanya sebahagian nama) yang benar-benar menjaga maruah sukan bola sepak negara suatu ketika dulu. Adat kehidupan, manusia suka membandingkan dengan apa yang mereka suka. Apapun, sukan ini punya nostalgia sendiri bagi saya.

Dari kecil lagi saya telah didedahkan dengan bola sepak. Bukannya bermain bola tetapi minat yang mendalam arwah bapak terhadap bola, terutamanya pasukan kesayangan kami sekeluarga, Selangor. Usahlah disamakan pasukan tempatan dengan pasukan luar negara dalam Liga Eropah EPL. Patriotik ni.. Saban minggu jika ada pertemuan antara pasukan Selangor, bapak tak lepaskan peluang turun ke stadium untuk memberikan sokongan. Dek kerana pelik kenapalah bapak minat sangat tengok bola, saya di rumah pulak dok sibuk tengok bola yang disiarkan secara langsung di tv. Padahal, dalam kepala dok berfikir apalah diorang ni dok kejar2 bola.. Tak paham satu benda pun. Tapi tengok juga sampai habis.. Begitulah rutinnya setiap kali ada perlawanan. Bapak pulak, kalau Selangor menang balik dengan buka bukan main seronok. Kalau kalah, mmm sedihnya bukan main. Waktu tu saya di sekolah rendah.

Bila dah masuk sekolah menengah, dah mula minat dengan pemain bola terutamanya Selangor.. Dulu jangan cakaplah, memang hafal semua nama pemain selangor sampai ke pemain di bangku simpanan dan gemilangnya di bawah pengurus - Datuk Aini ketika itu.. Minat terhadap bola bertambah. Radio memang jadi peneman berbanding tv. Sambil buat kerja sekolah, sambil dengar radio semestinya Radio 3 Shah Alam (kini Selangorfm). Maklumlah orang selangor kan.. Saya tak lepaskan peluang mendengar laporan langsung perlawanan oleh Abang Jenal.. Dan pastinya lagu yang dok dihafal - Viva Selangor!!!!

Bila dah habis belajar pula,tanpa disangka saya terlibat secara tidak langsung dalam dunia sukan sebagai wartawan sukan!!! Haha.. mungkin ada yang dah tahu dan ada yang tidak. Sebelum habis pengajian di UiTM lagi saya buat freelance sebagai penulis skrip video korporat dan voice over sukan - Anugerah Sukan Negara dengan Silver Sports, kepunyaan pengulas sukan terkenal, Shaukei Kahar. Saya cukup bertuah kerana dilamar untuk bekerja dengan beliau. Yelah, kalau nak fikir cerewet, itu memang bukan bidang saya dan ramai lagi kawan2 menganggur takde kerja. So, fikir positif apa kata terima cabaran ni!!! Wah.. berani sungguh menyahut cabaran walaupun memang menyimpang jauh ke bidang sukan tapi kewartawanan tetap ada. Masih Mass Comm.

Cabaran pertama, saya dikehendaki membuat liputan penuh Badminton Terbuka Malaysia di Pahang. Uiiikk.. badminto pun tak reti nak main asal pukul. Bukan sekadar ambil laporan tapi bwa kres SCP (Single Camera Production) untuk produksi tv!!! Huhu.. tetibe jadi wartawan dan producer sedangkan ku tidak arif. Terpaksa mulakan semuanya dari awal, belajar dari si bijak pandai sebelum ke Pahang, dok buka buku manual badminton dan siap tanya dengan Pengarah Pusat Sukan UiTM, Encik Mustaza selok belok sukan ni.. Sampai macam tu.. Dan lagi, venue di Pahang tapi kami stay di Pantai Batu Hitam, Terengganu.. bayangkan jauh ke idak. Tapi itulah cabarannya. Lepas tu, saya aktif membuat liputan acara bola sepak Piala Emas Raja-Raja, Tiger Cup, Final Piala Malaysia dan Celcom Uni-League.. Pernah tu, saya seorang sahaja wartawan wanita yang bertugas untuk Final Piala Malaysia ketika tu. Kelakar sungguh. Wartawan mana? Kami dulu menyediakan story Piala Emas Raja-Raja dan Celcom Uni-League untuk akhbar utama seperti Kosmo, Berita Harian, Utusan dan laporan terus di web Media Sukan (Klik untuk singgah).. Tidur kat pejabat tu perkara biasa. Dari tulis berita, fax, reconfirmed, upload dalam web saya buat. Tapi foto adalah jurufoto kita amik.. Semuanya kenangan yang cukup indah..

Tahniah kepada Selangor yang menjulang Piala FA untuk kali ke-5 pada pertemuan akhir dengan The Red Warrior malam tadi. Meskipun permainan tampak agak hambar dan longgar pada separuh masa pertama, ucapan tahniah harus diberikan kepada nakhoda pasukan, Amri Yahyah yang bingkas merencanakan jentera tempur untuk kembali beraksi pantas pada separuh masa kedua. Untuk Kelantan yang pertama kali bertempur pada saingan perlawanan akhir sejak 39 tahun lalu, pujian harus diberikan untuk semangat juang yang tingg biarpun dihujani dengan kad kuning...

Dah namanya penentuan secara sepakan penalti, apa sahaja boleh berlaku. Syabas untuk kedua-dua pasukan, K. Devan, Peter James Butler, Encik Hamidin (setiausaha pasukan Selangor) Encik Azman Ibrahim (Pengurus pasukan Kelantan) yang Julia temuramah di KLfm Jumaat lalu.. juga untuk 80,000 penyokong yang menunjukkan semangat 1 Malaysia!!!! Chaiyo!! Majulah sukan untuk negara!!

Monday, April 20, 2009

SELAMAT DATANG GENG BARU KLFM


PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI.. Kawan seangkatan, Ezan yang kiut semenjak berkahwin dapat tawaran maktab dan kini bergelar guru DG41. Sesuailah dengan ijazah yang digenggam. Khabar terbaharu, Ezan dapat mengajar di Putrajaya. Wah.. nampaknya jiran setempat dengan Julia dan Mimie.. Silap-silap ngajar zara dan afiq nanti. Ezan memang geng sepasukan untuk Ladies Nite dan 3-6. Pagi2 buta pukul 1.30 pagi Ezan datang amik nak ke konti. Sempat lagi singgah beli teh o dan Milo o kat Warung Rindu, Pantai Dalam. Pegi gym sama-sama walaupun berapa kali je... Hahaha.. Nostalgia sungguh minah dua orang ni.

Lepastu Kak Posh pulak naik pangkat dan kini bolehlah dipanggil Boss.. Jauhnya terbang ke Miri. Nak tau tak satu rahsia? Masa mula-mula masuk dulu, saya memang agak seram dengan Kak Posh.. bukan apa, rasa hormat sebab dia salah seorang dj otai di KLfm. Nak lagi, kak posh ni memang agak tegas orangnya, sampaikan saya buat kad birthday yang tak seberapa dan sorok2 letak atas meja nak bagi. Tapi, kak posh sebenarnya sangatlah peramah dan kelakar. Nak lagi bawa watak sebagai Kak Senah Ratu Kebaya, isteri kepada Abon dalam drama khas raya terbitan Julia tiga tahun berturut-turut. Memang tak kering gusilah kalau dengar lawak versi negeri sembilannya tu. Buleh kawan dengan Bang Bil.. (jangan marah Irma)..

Diikuti Bro Locky yang kini bertugas di Unit Promo Radio, Elly di Siaran Tv.. dan hari ini, dua orang baru masuk. Nak kata baru sangat tak jugalah.. Kak Yati dan Sonic. Kak Yati ni saya kenal sebelum masuk RTM lagi. Waktu tu doklah promosi Everest Climbers dari UiTM.. Mat dan Kobin di Nasional FM tengah-tengah malam. Lama juga kak Yati di NasionalFM selepas tu jadi Klasik Nasional dan seterusnya bertukar ke MuzikFM sebelum berpindah ke KLfm.. Orangnya sangatlah baik dan masih single..

Sorang lagi ni asalnya Sarawak dan bertugas di KuchingFM sebelum menjadi penjawat tetap dan bertugas di bahagian Perdagangan Kementerian di PJ dan kini Sonic atau nama sebenarnya Awang ..... (lupe Awang apa) mula bertugas di KLfm. Eloklah tu, meja Ezan dan Dave pun dah lama kosong.. Jadi, selamat menjadi warga KLfm..





THROWBACK GAMBAR-GAMBAR MASA MENGANDUNGKAN MIA

  Harini nak share gambar-gambar masa mengandungkan Mia. Ya, besarnya perut tu macam ada bantal. Mengandungkan Mia mudah saja, sama ma...